Bismillah sebagai pembuka bicara.
Assalamualaikum ya ikhwah !
Salam ukhuwah dari saya !
Alhamdulillah, pada hari ini 1/1/2017 merupakan hari yang dinanti2 kan oleh semua orang. Tak kira la yang tua mahupun muda. Kerana apa ?Nak berazam mungkin. Hahaha.
Mesti ramai punya laa yang akan perihalkan azam mereka. Tahun ini nak kuruslah. Tahun ini nak jadi baik la. Tahun ini nak dapat pelajar terbaik kat sekolah lah. Tahun ni nak belajar bersungguh2 sebab ambil exam besar lah. Tahun ini bla bla bla. Macam2 azam kita akan dengar. Kita dapat lihat.
Tapi sejauh manakah azam itu diteruskan ?Sampai ke bulan 12 tahun 2017 kah ?atau tak sampai sebulan. Atau tak sampai seminggu. Huhu. Atas kekuatan orang tersebut lah.
Hari ini saya pergi ke Karnival Geng Masjid. Yeah. Banyak benda menarik yang saya perolehi. Dan banyak juga ilmu baru yang saya dengar yang mana menggegarkan jiwa saya kerana terasa macam headshot gitu. Hahaha. Memang kena tepat kepada saya lah. Hadoiii.
Imam Muda Nazrul iaitu Naib Juara Imam Muda kali ke-2 ditanya apakah azamnya untuk tahun ini. Jawapannya mudah dan ringkas. Menjadi hamba Allah yang baik dan istiqamah untuk azam2 yang lain. Haaa?Nampak tak ?Maksudnya azam yang utama dan pertama-tamanya yang perlu kita sematkan sebagai Muslim ialah agar tahun ini kita menjadi muslim yang terbaik dari tahun sebelumnya dan apabila hendak melakukan sesuatu perkara, macam nak kurus ke, nak pandai ke, nak apa-apa jelah. Kena istiqamah dan bertawakkal kepada Allah. Usaha sebaik mungkin dan natijahnya serahkan kepada Allah. Bukan kah Allah berfirman di dalam surah Ali-Imran ayat 159 :
"Kemudian apabila kamu membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya"
Allahu. Saya dengar ayat ini dibacakan rasa macam azam tahun-tahun lepas mcm tak berguna jeh. Haha. Jadi, tanamkan azam yang utama yang menjadi niat LILLAHI TAA'LA supaya kita tidak akan futur di pertengahan jalan azam kita. Kita tidak akan berputus asa andai masih tidak dapat diingini. Meskipun tidak dapat apa yg kita nak, at least kita dah cuba menjadi yang baik dari tahun sebelumnya. Itu pun sudah memenuhi azam kita sebenarnya !
Futur di pertengahan jalan adalah disebabkan permulaan niat yang tidak betul dan bukan kerana Allah. Yes !Ingat tu. Apa-apa niat kerana Allah. Walau tak dapat apa pun, di sisi Allah kita tetap mendapat ganjaran.
Kesimpulannya, nak azam apa pun azam lah.Asal kan selari dengan cara yang diajar oleh Islam. Semoga Allah berkati usaha kita. Semoga Allah rahmati hidup kita.
Moga Allah redha.
Jumpa lagi di post seterusnya yeeee !! :) :) :)
Assalamualaikum !
#amirmujahid