Bismillah sebagai pembuka bicara.
Assalamualaikum ya ikhwah !
Salam ukhuwah dari saya !
Alhamdulillah, pada hari ini 1/1/2017 merupakan hari yang dinanti2 kan oleh semua orang. Tak kira la yang tua mahupun muda. Kerana apa ?Nak berazam mungkin. Hahaha.
Mesti ramai punya laa yang akan perihalkan azam mereka. Tahun ini nak kuruslah. Tahun ini nak jadi baik la. Tahun ini nak dapat pelajar terbaik kat sekolah lah. Tahun ni nak belajar bersungguh2 sebab ambil exam besar lah. Tahun ini bla bla bla. Macam2 azam kita akan dengar. Kita dapat lihat.
Tapi sejauh manakah azam itu diteruskan ?Sampai ke bulan 12 tahun 2017 kah ?atau tak sampai sebulan. Atau tak sampai seminggu. Huhu. Atas kekuatan orang tersebut lah.
Hari ini saya pergi ke Karnival Geng Masjid. Yeah. Banyak benda menarik yang saya perolehi. Dan banyak juga ilmu baru yang saya dengar yang mana menggegarkan jiwa saya kerana terasa macam headshot gitu. Hahaha. Memang kena tepat kepada saya lah. Hadoiii.
Imam Muda Nazrul iaitu Naib Juara Imam Muda kali ke-2 ditanya apakah azamnya untuk tahun ini. Jawapannya mudah dan ringkas. Menjadi hamba Allah yang baik dan istiqamah untuk azam2 yang lain. Haaa?Nampak tak ?Maksudnya azam yang utama dan pertama-tamanya yang perlu kita sematkan sebagai Muslim ialah agar tahun ini kita menjadi muslim yang terbaik dari tahun sebelumnya dan apabila hendak melakukan sesuatu perkara, macam nak kurus ke, nak pandai ke, nak apa-apa jelah. Kena istiqamah dan bertawakkal kepada Allah. Usaha sebaik mungkin dan natijahnya serahkan kepada Allah. Bukan kah Allah berfirman di dalam surah Ali-Imran ayat 159 :
"Kemudian apabila kamu membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya"
Allahu. Saya dengar ayat ini dibacakan rasa macam azam tahun-tahun lepas mcm tak berguna jeh. Haha. Jadi, tanamkan azam yang utama yang menjadi niat LILLAHI TAA'LA supaya kita tidak akan futur di pertengahan jalan azam kita. Kita tidak akan berputus asa andai masih tidak dapat diingini. Meskipun tidak dapat apa yg kita nak, at least kita dah cuba menjadi yang baik dari tahun sebelumnya. Itu pun sudah memenuhi azam kita sebenarnya !
Futur di pertengahan jalan adalah disebabkan permulaan niat yang tidak betul dan bukan kerana Allah. Yes !Ingat tu. Apa-apa niat kerana Allah. Walau tak dapat apa pun, di sisi Allah kita tetap mendapat ganjaran.
Kesimpulannya, nak azam apa pun azam lah.Asal kan selari dengan cara yang diajar oleh Islam. Semoga Allah berkati usaha kita. Semoga Allah rahmati hidup kita.
Moga Allah redha.
Jumpa lagi di post seterusnya yeeee !! :) :) :)
Assalamualaikum !
#amirmujahid
As-Safr
Kagumi kebesaran-Nya sang Pencipta
Sunday, 1 January 2017
Sunday, 25 December 2016
Amal Yang Baik, Dikenang sehingga Kini
Assalamualaikum ya ikhwah !
Salam ukhuwah dari saya.
Dulu waktu di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, saya sering tertanya-tanya tentang hadis yang akan saya tulis selepas ini. Jadi saya buat kajian sendiri dengan merujuk kitab dan bertanya pada murabbi saya di sana. Alhamdulillah, menemui jawapan ! 😊😊😊
Budak STAM mesti tahu punya hadis ni.
: قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم
أنا أفصح العرب بيد أني من قريش
Rasulullah SAW bersabda(maksudnya) : "Aku adalah orang yang paling fasih di dalam bahasa Arab akan tetapi aku adalah orang Quraisy"
(Riwayat At-Thabrani daripada Abu Said Al-Khudri)
Hadis ni di dalam madah Balaghah di bawah tajuk "تاكيد المدح بما يشبه الذم وعكسها"
Di mana pujiannya di situ?Kenapa itu dianggap pujian?
Pertamanya, pujiannya ialah pada أفصح العرب
Allah menurunkan Al-Quran di dalam bahasa Arab. Adakah sempurna agama sekiranya pembawa risalah Allah ini menggunakan bahasa pasar?adakah orang akan mengikut utusan Tuhan yang mana perkataan yang diucapkan jauh berbeza dengan Al-Quran yang mempunyai bahasa yang tersangatlah indah susunannya. Maka , Rasulullah adalah orang yang paling fasih berkata-kata di dalam bahasa Arab dan paling jelas penerangan baginda sehingga mampu dihafaz oleh para sahabat Baginda.
Yang kedua pula ialah من قريش .Kenapa Orang Quraisy dianggap mulia?
"Quraisy" adalah gelaran untuk Datuk Nabi yang kesepuluh. Fihr Bin Malik. "Quraisy" ini bermaksud orang yang mengumpulkan roti.
Kenapa beliau dapat gelaran ini? Kerana pada suatu ketika pada musim haji, jemaah haji telah ditimpa kelaparan kerana kehabisan makanan. Oleh itu, Fihr Bin Malik kemudiannya mengumpul makanan berupa roti daripada semua penduduk Mekah untuk diberi kepada orang yang menunaikan haji yg berada di dalam kelaparan.
Kerana kebaikan Fihr Bin Malik ini, keturunan Arab Adnan terbahagi kepada dua suku yang besar yakni suku Quraisy dan suku Kinanah. Orang Arab yang lahir dari keturunan Fihr Bin Malik iaitu anak-anaknya dipanggil suku Quraisy manakala orang Arab yang lahir dari adik beradik Fihr bin Malik dipanggil suku Kinanah.
Sehingga kini gelaran Quraisy ini digunakan di dalam semua kitab sirah Nabawiyyah. Allahu, betapa hebatnya amalan seseorang sehingga selepas meninggal dunia pun masih dikenang dan gelarannya masih diguna sehingga ke hari ini. Inilah janji Allah kepada orang yang melakukan amal jariah di dunia akan dipanjangkan usianya yakni amal jariahnya akan senantiasa dikenang sehingga ke hari Pembalasan.
Fuhhh. Lama terang tuhh. Fahamkan ? Alhamdulillah. Semoga ambil manfaat dafipada apa yg diterangkan sebentar tadi.
Seronok belajar perkara begini. Semakin kita tahu asal-usul Nabi, semakin dekat kita rasa dengan Nabi. Dan mengambil tahu kisah Nabi ini juga adalah tanggungjawab kita !
Macam mana nak cinta kalau kenal pun tidak ?
Ibarat kita bernikah dengan perempuan/lelaki kemudian 5 tahun bersama tapi apabila ditanya makanan kegemaran masih buntu mencari jawapan.
In Shaa Allah, semoga Allah permudahkan kita dalam jalan mengenali Rasulullah SAW.
Moga Allah redhaaa !
Till we meet again in the next post !
اللّه مستعان 😊😊😊
Assalamualaikum !
#amirmujahid
Rujukan :
1.At-Tarikh wa Thoriq Hayah Rasulullah SAW - Maulana Syed Abul Hasan Ali An-Nadwi
2.Inaratud Duja Fi Maghazi Khairul Wara - Syeikh Hasan al-Masyat
3. http://www.nabulsi.com/blue/ar/te.php?art=1345

Saturday, 24 December 2016
Niat.
Assalamualaikum ya ikhwah !
Salam perkenalan dari saya.
Salam ukhuwah dari saya.
Niat ?Niat tu apa ?
Dalam bahasa Arab niat ini bermaksud lintasan.
Pada istilah yakni di dalam ilmu fiqh pula niat ini merupakan lintasan hati yang disertakan dengan amalan secara serentak.
Penting ke niat ni ?Amboi. Mestilah penting. Tiada perbuatan yang tidak dimulai dengan niat. Kalau ada mesej saya dan saya akan bagi hadiah istimewa !heh. Kalau jumpa lahhh.
عَنْ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ
وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya karena dunia atau karena wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.” (HR. Bukhari, Muslim, dan empat imam Ahli Hadits)
Sumber: http://muslim.or.id/21418-penjelasan-hadits-innamal-amalu-binniyat-1.html
Sumber: http://muslim.or.id/21418-penjelasan-hadits-innamal-amalu-binniyat-1.html
Pentingnya niat ini kerana dengan niat ini lah yang memastikan amalan kita baik atau buruk. Apa guna bersedekah tapi niat bukan lillahi taala ?apa guna makan untuk sihat tapi niat bukan untuk meningkatkan ibadah pada Allah ?Semua bergantung pada niat.
Jadi, daripada hujah panjang lebar dari saya sebentar tadi, haishhh. Panjang benoooo. Saya nak mulakan blog ini dengan niat yang baik. Saya nak kongsi fikrah saya dengan antum semua. Moga dengan perkongsian fikrah ini akan mematangkan fikiran. Moga Allah redha kita ! Aminn !
Till we meet again in the next post !
Assalamualaikum ahlul jannah jamiann ! :)
#amirmujahid
Subscribe to:
Posts (Atom)