Assalamualaikum ya ikhwah !
Salam ukhuwah dari saya.
Dulu waktu di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, saya sering tertanya-tanya tentang hadis yang akan saya tulis selepas ini. Jadi saya buat kajian sendiri dengan merujuk kitab dan bertanya pada murabbi saya di sana. Alhamdulillah, menemui jawapan ! 😊😊😊
Budak STAM mesti tahu punya hadis ni.
: قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم
أنا أفصح العرب بيد أني من قريش
Rasulullah SAW bersabda(maksudnya) : "Aku adalah orang yang paling fasih di dalam bahasa Arab akan tetapi aku adalah orang Quraisy"
(Riwayat At-Thabrani daripada Abu Said Al-Khudri)
Hadis ni di dalam madah Balaghah di bawah tajuk "تاكيد المدح بما يشبه الذم وعكسها"
Di mana pujiannya di situ?Kenapa itu dianggap pujian?
Pertamanya, pujiannya ialah pada أفصح العرب
Allah menurunkan Al-Quran di dalam bahasa Arab. Adakah sempurna agama sekiranya pembawa risalah Allah ini menggunakan bahasa pasar?adakah orang akan mengikut utusan Tuhan yang mana perkataan yang diucapkan jauh berbeza dengan Al-Quran yang mempunyai bahasa yang tersangatlah indah susunannya. Maka , Rasulullah adalah orang yang paling fasih berkata-kata di dalam bahasa Arab dan paling jelas penerangan baginda sehingga mampu dihafaz oleh para sahabat Baginda.
Yang kedua pula ialah من قريش .Kenapa Orang Quraisy dianggap mulia?
"Quraisy" adalah gelaran untuk Datuk Nabi yang kesepuluh. Fihr Bin Malik. "Quraisy" ini bermaksud orang yang mengumpulkan roti.
Kenapa beliau dapat gelaran ini? Kerana pada suatu ketika pada musim haji, jemaah haji telah ditimpa kelaparan kerana kehabisan makanan. Oleh itu, Fihr Bin Malik kemudiannya mengumpul makanan berupa roti daripada semua penduduk Mekah untuk diberi kepada orang yang menunaikan haji yg berada di dalam kelaparan.
Kerana kebaikan Fihr Bin Malik ini, keturunan Arab Adnan terbahagi kepada dua suku yang besar yakni suku Quraisy dan suku Kinanah. Orang Arab yang lahir dari keturunan Fihr Bin Malik iaitu anak-anaknya dipanggil suku Quraisy manakala orang Arab yang lahir dari adik beradik Fihr bin Malik dipanggil suku Kinanah.
Sehingga kini gelaran Quraisy ini digunakan di dalam semua kitab sirah Nabawiyyah. Allahu, betapa hebatnya amalan seseorang sehingga selepas meninggal dunia pun masih dikenang dan gelarannya masih diguna sehingga ke hari ini. Inilah janji Allah kepada orang yang melakukan amal jariah di dunia akan dipanjangkan usianya yakni amal jariahnya akan senantiasa dikenang sehingga ke hari Pembalasan.
Fuhhh. Lama terang tuhh. Fahamkan ? Alhamdulillah. Semoga ambil manfaat dafipada apa yg diterangkan sebentar tadi.
Seronok belajar perkara begini. Semakin kita tahu asal-usul Nabi, semakin dekat kita rasa dengan Nabi. Dan mengambil tahu kisah Nabi ini juga adalah tanggungjawab kita !
Macam mana nak cinta kalau kenal pun tidak ?
Ibarat kita bernikah dengan perempuan/lelaki kemudian 5 tahun bersama tapi apabila ditanya makanan kegemaran masih buntu mencari jawapan.
In Shaa Allah, semoga Allah permudahkan kita dalam jalan mengenali Rasulullah SAW.
Moga Allah redhaaa !
Till we meet again in the next post !
اللّه مستعان 😊😊😊
Assalamualaikum !
#amirmujahid
Rujukan :
1.At-Tarikh wa Thoriq Hayah Rasulullah SAW - Maulana Syed Abul Hasan Ali An-Nadwi
2.Inaratud Duja Fi Maghazi Khairul Wara - Syeikh Hasan al-Masyat
3. http://www.nabulsi.com/blue/ar/te.php?art=1345
No comments:
Post a Comment